sekadar paparan hobi saya

untuk paparan lebih jelas, sila klik pada gambar.

Tuesday, April 10, 2012

Ganjaran menyampaikan ilmu

Daripada Abu Umamah al Bahili, Rasulullah SAW bersabda "Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi hinggakan semut didalam lubang dan juga ikan paus (meliputi selluruh haiwan didarat dan laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia"

Gambar: Putrajaya



Balasan mengkhianati ilmu

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad SAW bersabda "Sesiapa yang sengaja membuat pendustaan ke atasku maka sediakanlah tempatnya didalam neraka"
Hadis riwayat Al Bukhari dan Muslim

Pendustaan ialah memberitahu sesuatu yang bercanggah dengan hakikat yang sebenar
Walaupun orang yang tidak sengaja membuat pendustaan tidak berdosa, tetapi berkemungkinan ia berdosa dengan memperbanyakan kesilapan. Ini kerana memperbanyakkan kesilapan adalah satu kesalahan


Gambar: Pantai Kuala Mersing

Pemimpin yang sesat

Daripada Thauban khadam Rasulullah r.a, Nabi Muhammad SAW bersabda "sesungguhnya perkara yang aku takuti keatas umatku ialah pemimpin yang sesat"
hadis riwayat Abu Daud dan Al Tarmizi

Pemimpin yang sesat ialah pemimpin yang menyeru ke arah melakukan bidaah, kefasikan dan maksiat

Lokasi: Bukit Tabur Kuala Lumpur




Gambar ini telah tersiar didalam majalah Dunia Kamera Keluaran April 2012 serta memenangi hadiah.

Mesti mengamalkan Islam walaupun dalam keadaan terasing

Daripada Abu Hurairah R.A Nabi Muhammad SAW bersabda " Islam bermula dalam keadaan terasing. Ia akan kembali asing seperti permulaannya. Maka berbahagialah untuk orang yang terasing"
Hadis riwayat Muslim

-Mereka mengecapi kebahagian kerana mendapat ganjaran diatas kesabaran menghadapi kesusahan ketika berada dalam keadaan terasing.

Sunrise:Uniten Bangi





Sunset:

jangan membebankan diri

Daripada Anas bin Malik r.a, Nabi Muhammad SAW bersabda "Permudahkanlah, jangan menyusahkan, tenangkanlah dan janganlah melakukan sesuatu yang menyebabkan orang menjauhkan diri dari kamu"
Hadis riwayat Al Bukhari dan Muslim

Terengganu yang aku damba

Kemasik
Canon EOS 50D
Lens Sigma 10-20
Focal Length 15mm
Shutter Speed 30 sec
Aperture f/25
ISO/Film 100



Kemasik
Canon EOS 50D
Focal Length 18mm
Shutter Speed 20 sec
Aperture f/22
ISO/Film 100



Pandak
Canon EOS 50D
Lens Sigma 10-20
Focal Length 18mm
Shutter Speed 30 sec
Aperture f/20
ISO/Film 100




Pulau Kabu Marang
Canon EOS 50D
Focal Length 18mm
Shutter Speed 1/160 sec
Aperture f/20
ISO/Film 200




Pulau Kerengga Marang
Canon EOS 50D
Lens 18-55mm
Focal Length 18mm
Shutter Speed 1/30 sec
Aperture f/22
ISO/Film 200