sekadar paparan hobi saya

untuk paparan lebih jelas, sila klik pada gambar.

Friday, August 20, 2010

pencahayaan

soalan:

bebaru nim masa outim di chow kit
ustad ade bgtau psl cahaya
-cahaya matahari berada disebelah kanan atau kiri telinga
-cahaya berada 90darjah pantulannye

ambe dok dang nok sipan dlm memory cinta luka ambe
bleh ustad atau sesapa jelaskan balik kat sinim

jawapan:

-tips utk landscape tu bohh..
original lighting landscape yg terbaik.

-ustak kte nk tgk mne kwsn langit biru ad dua keadaannn
1.90darjah pantulan matahari adlh langit plg biru
2.undi barisang....biru slaluh langit...
ni ustak oyk...

ser lg kalo nk takap jgn biarkan matahari dok blkg kiter btol2...bia dok sblh kiri tlinga atau kanan..
tgk bayang raser nye..dop wape ingt....
stkt ni je amber ingt..saloh silap tlg btol blk.....

-90darjah ni...mmm...
matahari dok dalam pkul 11 contoh nye....
nk trang gne...
tgk gmbr ni la...hehe..lksn lawok2.

haa...baguh2...kire nye pantulan chya 90darjah tu la langit yg plg biru.....ustak bgtaw aritu...

Monday, August 16, 2010

back to basic

ni doh ringkaskan:(varius)

APERTURE:

1.
kurangkan f number = bukaan lens jd besar..
tambahkan f number = bukaan lens jd kecik..
f2.8 = aperture besar.. bukaan lens besar..
f22 = aperture kecik.. bukaan lens kecik..

2.
bukaan lens besar = cahaya masuk lagi banyak
bukaan lens kecik = cahaya masuk lagi kurang
f2.8 = lebih cahaya
f22 = kurang cahaya

3.
cahaya masuk lagi banyak = exposure (shutter) time kurang..
cahaya masuk lagi kurang = exposer (shutter) time bertambah
f2.8 = speed shutter cepat..
f22 = speed shutter slow..

4.
kurangkan f number = depth of filed (dof) jadi kurang/jarak penglihatan dekat..
tambahkan f number = depth of field (dof) bertambah/jd jauh
f2.8 = shallow dof ---- fokus object je - background jd blur..
f22 = wider dof ---- fokus object dengan background tak blur..

5.apa dia rule of third (RO3)

Rule of third (sumber /www.kaskus.us)
Merupakan suatu aturan komposisi yang akan membuat tampilan gambar/ photo anda lebih menarik, dimana disini akan membagi foto anda menjadi 9 bingkai yang di bentuk dari 2 garis horisontal dan 2 garis vertikal. seperti gambar di bawah :

candid photographer

sebahagian gambar di posting ini adalah dari talikasutkayu sdiri dan ada dari hasil geng Digital Mukmin











Saturday, August 14, 2010

compo

dari varius


compose tow "mengarang" gambor..
cam deme tulis karangan - kena ada subject, isi kandungan..

bezanya dalam gambor;
kena ada subject, ada bahan yg sokong subject, ada mesej, ada peristiwa, ada bende nak disampaikan, ada isi kandungan, angle lain dpd yg lain..
pandai2 la olah gambor tow ikut kreativiti..
tu yg membezakan photographer..

contoh:
subject deme - kasut..
kalo deme amik gambor kasut je, oram mungkin igt deme nok jual kasut..
nok bui menarik, selitkan moment, mesej, cerita..etc..etc..
cam kasut kena curik ke, kasut terpijak najis ke, kasut kena lenyek dgn lori ke..talikasutkayu ke..

camne nak olah gambor, kene phmkan RO3 dulow..

RAW & JPEG

soalan:
ASSALAMMUALAIKUM,
kepada semua warga DM.
ada sedikit kemuskilan disini.
mane satu ambe patot shoot?
in JPEG file ato pn RAW.
yang peliknya, ambe shoot RAW tak bape sharp bila bukak dalam potosop.
tp yg JPEG clear habis.

muskil la.
ape pandangan anda2 semua and dlm mane yg anda prefer shoot?
RAW atau JPEG. maaf la. ambe masih baru dalam dunia foto ni.

Jawapan:

1.guna RAW pastu convert dlm nikon capture.. baru edit lam potosop
2.pakai RAW lbh baik..
kalu tersalah w/balance buleh ejas agi.
kalu pakai JPEG dakleh ejas dah

Apakah RAW??? RAW itu mentah
jadi, anda capture benda yang mentah, asli, bila mentah, anda memerlukan processing utk menjadikan ia sesuatu bahan yg kompleks, begitulah konsep RAW.

RAW ini sebenarnya satu format di mana ianya berfungsi utk merekod imej dalam bentuk asli (unedited, unadulterated & uncompressed image) dimana semasa shutter di klik ianya direkod terus oleh sensor kamera.

Semasa ianya direkod oleh sensor kamera, fungsi white balance, tone colour dan pelbagai
parameter disimpan sebelum ianya diterjemahkan oleh software yg membenarkan imej
diedit selepas ianya di upload ke komputer.. Paramater² yg disimpan ini membuatkan
fail sesebuah imej itu berkali2 ganda besarnya daripada imej berformat JPEG

Imej RAW membenarkan anda utk memproses semula data seperti white balance, exposure,
tone dan sebagainya menjadikan ia sebagai penyelamat kepada imej selepas shutter di klik
berbanding menggunakan JPEG dimana data2 imej limit semasa shutter di klik.

Apa yang menarik menggunakan RAW ialah imej kita bulih diblow sehingga 25.1 MP (6144 x 4085 pixel)*
contohnya, berdasarkan Kamera Nikon D70s dengan kadar kehilangan kualiti yg minimal berbanding kaedah interpolasi (interpolation) menggunakan software Photoshop dan third party software yang lain.

Berikut adalah workflow dimana imej RAW berfungsi berbanding JPEG

PERBANDINGAN KEBAIKAN DAN KELEMAHAN ANTARA RAW DAN JPEG

Kelebihan RAW
- Kualiti Imej sebaik yang mungkin
- Membenarkan kita mengawal imej tanpa menggunakan fungsi di kamera
- Exposure yg fleksibel selepas shoot
- White Balance yg fleksibel

Kelemahan RAW
- Fail yang besar
- Penggunaan software tertentu
- Masa utk memproses

Kebaikan JPEG
- Saiz fail yang kecil
- Penggunaan Software yg pelbagai
- Setup di Kamera tanpa perlu post-processing
- Cepat utk diedit

Kelemahan JPEG
- Artifak seperti jagged edges, contrast edges bila dicompress dan interpolated
- Hilang kawalan utk mengawal imej utk poss-proccessing
- Tidak bulih recover data imej kembali

Software untuk proses imej RAW
- Adobe Photoshop (adobe camera RAW)
- Nikon Capture
- Aperture for Macintosh
- Adobe Lightroom
- Raw Shooter Professional
- Capture One Pro

Info tambahan, ambar yang diambil menggunakan format RAW hanya mempunyai dua colour sahaja iaitu hitam dan putih, pecahan warna RGB, sRGB atau RAW, dipecahkan kepada TIGA BLOCK WARNA, ini bermakna sensor anda tidak menyimpan warna, tapi menyimpan bit bit tiga block colour...

sebagai contoh:

disini saya ambil RGB sebagai sample BLOCK ...

Red = 1 block hitam dan putih
Green = 1 block hitam dan putih
Blue = 1 block hitam putih

Ini bermakna, STACK ( lapisan) simpanan data dalam kepingan block warna akan menjadikan sekeping gambar yang berwarna, TAPI PERLU DIINGAT, warna yang anda lihat pada screen komputer adalah warna yang di hasilkan oleh PIXEL screen, bukan gambar.

penerapan ini boleh di gunakan didalam CMYK

tapi pernahkah anda terfikir, kenapa camera tidak menggunakan CMYK, sebagai binaan sensor?
kenapa gunakan RGB atau sRGB sebagai asas binaan sensor?
sedangkan CMYK mempunyai struktur pecahan warna yang lebih tepat, smart...dan seumpamanya....ish...lari topik dah..ni dah masuk bab color separation...

tulisan asal oleh saudara buntalshoot & zul78 FMDC

Disalin dari laman Digital Mukmin

Semak 7 Checklist Sebelum Menembak...

Assalamualaikum..
Ni saya nok share tips2 pada fotografer2 beginner. biasanya kita geng2 cap ayam nih kelam kabut nok ambik gambor, tapi bila doh ambik, baru nampak gambor tak menjadi atau kurang cantik akibat setting lintang pukang. biasakan diri check 7 setting penting nih sebelum ambik gambor. anda akan nampak perubahan keprofesionalan gambar2 anda:

1. Kualiti: Set kepada RAW. dengan setting RAW anda masih boleh membetulkan beberapa kesalahan berbanding gambar format JPEG.

2. ISO: ini bergantung kepada keadaan. sebagai peraturan umum, gambar aksi pada ISO 400, subjek umum ISO 200, dalam studio atau high quality pada ISO 100. Keadaan cuaca dan cahaya juga mempengaruhi setting ISO ni. dalam rumah (siang) pada ISO 400 atau kurang, dalam rumah (malam) pada ISO 500 ke 800. Elakkan ISO 1600 atau lebih tinggi kerana noise akan timbul lebih banyak kecuali komera yang high-end seperti D3 yg dapat mengawal noise dengan lebih baik.

3. White Balance: kalo keadaan cahaya berubah-ubah, contohnya ada lampu kuning dan lampu putih, set WB kepada Auto, kalo tak, set pada White balance daylight, cloudy, flash dan lain2 mengikut keadaan. kalo keadaan cahaya terkawal, macam dalam studio, set kepada custom value dengan menggunakan sekeping kad target white balance.

4. Exposure Mode: Aperture Priority/Shutter Priority/Manual. Aperture Priority adalah lebih berkesan pada subjek statik (tak bergerak), manakala Shutter Priority adalah lebih berkesan pada aksi. tukar kepada mode manual sekiranya inginkan kelainan dan kreativiti pada exposure mengikut penilaian kita sendiri.

5. Exposure Compensation: tutup atau 0. sesetengah situasi memerlukan over atau under exposure. nilaikan keadaan cahaya betul2. cuba satu gambar sebelum menukar setting dan adjust mengikut kehendak anda.

6. Focus: ini bergantung pada beberapa setting, dan berubah-ubah bergantung pada pembuat lens dan model. saya biasanya set pada AF C-Continuous (lens sentiasa try untuk fokus pada subjek yang bergerak semasa shutter release ditekan separuh), kadang2 AF S-Single (fokus dan lock bila shutter ditekan separuh) atau AF M-Manual untuk makro shot. Auto focus area pon memainkan peranan penting. pilih single atau dynamic menurut keperluan anda.

7. Lens Aperture: mula dengan setkan lens pada 2 stop turun dari bukaan penuh. contoh: bagi lens f 2.8 set pada f5.6, bagi lens f4 set pada f8. seterusnya, ubah setting mengikut kehendak anda pada imej.

11 tips penjagaan kamera DSLR

1.Beg kamera mestilah kalis air,tahan panas,lasak dan kalis habuk
2.filter- belilah filter uv atau skylight untuk menghalang lense tekena debu dan kesan calar
3.LCd cover-agar LCD kamera tidak mudah rosak dan tercalar
4. kit pencuci - bolwer dan kain lembut diperlukan untuk mencuci habuk kotoran pada kamera dan lense,elakkan dari menyentuh dengan tangan
5. drybox - untuk mengelak kulat dan fungus pada filter,kamera dan lense.jika tak mampu beli gunakan bekas kedap udara
6. jauhkan panas - gunakan kain lembap dan cerah ketika mengambil gambar dalam cuaca panas
7. elak cuaca sejuk - elak pemeluapan pada kamera,jika berlaku tanggalkan bateri dam memory card serta merta
8. jauhkan dari gelombang magnet - boleh memberi kesan kepada litar kamera
9. servis berkala - hantar servis setiap 3 bulan agar jangkahayat kamera tahan lebih lama
10. batei - jangan biarkan bateri lama dalam kamera untuk mengelakkan proses pemeruapan
11. Cf card - keluarkan batei,CF card,dan pisahka lense dari body setiap kai selepas menggunakannya

Tip-tips untuk photographer beginner..

Dalam artikel ini, saya akan berkongsi tips dan idea untuk fotografer (aras permulaan / beginner).

Perkara yang ingin saya kongsi ialah perkara yang paling penting dalam menghasilkan imej yang "boleh pakai" terus dari kamera (useable image straight out of camera). Perkara yang saya maksudkan ialah EXPOSURE.

Terdapat 3 unsur utama yang mempengaruhi exposure sesuatu imej dan ketiga-tiganya saling bergantung antara satu sama lain. Unsur tersebut ialah ISO, Shutter Speed dan Aperture. Saya cenderung menggunakan istilah THE EXPOSURE THRIAD (tetiga pendedahan "betul ke?")

Kita mulakan dengan ISO.

ISO dari aspek fotografi analog ditafsirkan sebagai petunjuk kesensitifan filem terhadap cahaya. Ia diukur dalam nombor 100, 200, 400 dan seterusnya.

Dari aspek fotografi digital pula, ISO ditakrif sebagai kesensitifan sensor kamera terhadap cahaya. Ukurannya juga sama dengan ukuran kesensitifan filem. Semakin besar nombor, maka semakin sensitif sensor/filem terhadap cahaya. begitulah juga sebaliknya, semakin rendah nombornya maka semakin kurang sensitif sensor/filem terhadap cahaya.

ISO yang rendah biasanya digunakan semasa kita menggambar objek atau subjek yang mempunyai cahaya persekitaran yang terang (bright ambient light). ISO yang tinggi pula digunakan dalam persekitaran yang suram atau kelam pencahayaannya atau semasa kita hendak menggambar objek yang bergerak laju. Tapi, imej kita akan dimonopoli oleh noise (bintik-bintik yang tidak dikehendaki) yang akan menjejaskan kualiti imej.

Apa pula Shutter Speed?

Shutter Speed ialah tempoh bukaan shutter semasa kita menggambar.

Dari aspek fotografi analog, ia ditakrif sebagai tempoh filem didedahkan (exposed) kepada objek yang digambar. Begitu juga dari aspek fotografi digital. Cuma filem digantikn dengan sensor.

Shutter Speed diukur dalam unit saat. Atau dalam kebanyakan keadaan ia diukur dalam unit per seratus bahkan per seribu saat. Dalam kamera, sekiranya ditunjukkan nombor 20", ia bermaksud sensor akan didedahkan selama 20 saat. Sekiranya nombor 20 ditunjukkan, ia bermaksud sensor akan didedahkan selama 1/20 saat. Kebanyakan kamera mempunyai shutter speed bermula dari 30 saat hingga 1/8000 saat.

Pemilihan shutter speed bergantung kepada Peraturan Ibu Jari (Rule of Thumb) yang menyatakan shutter speed adalah bersamaan atau laju daripada 1/(panjang focal lens) saat. Contohnya jika anda menggunakan lens 200mm, maka anda perlu menggunakan shutter speed MINIMUM 1/200saat untuk mendapatkan imej yang tajam (sharp). Namun, peraturan ini semakin dilupakan atau tidak diaplikasi semenjak teknologi penstabilan imej samada Image Stabilizer (IS Canon) mahupun Vibration Reduction (VR Nikon).

Aperture: Apa ni?

Secara umumnya, aperture ialah saiz bukaan lensa. Ia diukur dalam unit fX.Y. Dimana X dan Y adalah nombor contohnya f1.2, f1.4, f2, f2.8 dan seterusnya.

Semasa kita mengklik shutter, lensa akan membuka bilah aperture (blades) untuk membenarkan cahaya masuk menuju ke sensor. Semakin rendah nilai nombornya, maka semakin besar bukaan bilah. Justeru, semakin banyak caaya yang masuk. Begitu juga sebaliknya. Semakin tinggi nilai nombornya, maka semakin kecil saiz bukaan bilah. Justeru semakin sedikit jumlah cahaya yang masuk.

Pemilihan nilai aperture berkait rapat dengan satu istilah yang sering dimanipulasi oleh fotografer-fotografer profesional untuk menghasilkan imej yang ada unsur WOW!!!. Istilah tersebut ialah Depth of Field (Kedalaman Medan). Secara umumnya, DOF ialah medan / bahagian / zon dalam imej yang dalam fokus (In focus). Istilah DOF akan diterangkan dalam artikel saya yng akan datang.

Kesimpulannya, ketiga-tiga unsur ISO, Shutter Speed dan Aprture berkait rapat antara satu sama lain dalam menghasilkan imej yang baik. Pengubahan salah satu unsur memerlukan anda mengubah sama ada 1 atau 2 unsur yang lain untuk mendapatkan exposure yang baik (tanpa menggunakan flash / lampu denyar).

Rasanya, cukup setakat ini dahulu untuk artikel pertama ini. Sekiranya para "OTAI" ingin menambah atau mengubah isi artikel ini, dengan segala hormat dan rendah diri saya mempersilakan.

Dalam artikel sebelum ini, saya menerangkan tentang EXPOSURE atau PENDEDAHAN (macam lain pula maksudnya dalam Bahasa Melayu, kan?). Imbas semula, EXPOSURE mengandungi 3 unsur utama iaitu ISO, Shutter Speed dan Aperture yang saya istilahkan sebagai The Exposure Thriad.
Seperti yang saya janjikan dalam artikel sebelum ini, saya akan menerangkan tentang konsep yang berkait rapat dengan Aperture iaitu Depth Of Field (DOF).

Ni nak letak nasi tambah sket:-

Apa pula maksud DOF?
DOF bolehlah ditakrifkan sebagai medan atau ruang yang berada di dalam zon fokus dalam imej. Jadi, apakah perkaitan DOF dengan Aperture? Sebenarnya, DOF berkait rapat bukan hanya dengan Aperture tetapi juga dengan Panjang Focal (Focal Length) sesebuah lensa yang digunakan dan Jarak antara sensor dengan objek.
Persoalannya? Apa kepentingan DOF dalam fotografi? DOF sangat berguna jika kita ingin memanipulasi PENEGASAN dalam imej yang ingin kita gambar (capture). Umumnya, fotografer lanskap akan menggunakan aperture yang kecil (nombor F yang besar) kerana imej yang ingin dihasilkan biasanya ingin menunjukkan perincian (detail) pada hampir keseluruhan imej (corner to corner detail). Manakala, fotografer potret (portraiture) akan biasanya menggunakan aperture yang besar (nombor F yang kecil) untuk "memisahkan" objek daripada latar belakang.
Penghasilan DOF yang kecil (shallow) akan menjadikan latar belakang "kabur" atau blur. situasi latar belakang yang kabur atau hilang disebut sebagai "bokeh". bokeh tidak mempunyai ukuran yaang objektif. ia lebih bersifat subjektif. saya secara peribadi juga tidak tahu bagaimana bokeh yang baik (nice or creamy bokeh) dan bokeh yang tidak baik. tetapi, melalui pembacaan blog-blog atau review di internet mahupun bahan bacaan lain, lensa yang terbaik dalam penghasilan bokeh yang paling baik adalah lensa Canon EF 85mm f1.2L. Lensa ini juga digelar King of Bokeh. Betul atau tidak? Klik shutter, tengok sendiri.
Rasanya, 2 artikel saya ini agak mampu membuatkan fotografer "beginner" memahami asas-asas teknikal fotografi. terutamanya bagaimana hendak menghasilkan imej yang boleh pakai (useable) tanpa mengambil kira nilai-nilai estetik yang memerlukan kemahiran komposisi. Apa pula maksud komposisi? Saya akan terangkan dalam artikel yang akan datang. InsyaAllah.
Sumbangan artikel ini bukanlah bermakna saya ialah seorang fotografer yang bertaraf profesional ataupun "otai / sifu". Saya juga seperti kawan-kawan yang lain yang cuma ingin menambah ilmu dan berkongsi ilmu dalam bidang yang indah ini. Saya ingin memetik kata-kata Albert Einstein, "I have no special talent. I just passionately curious".

-Kalau ada kekurangan pada artikel ni mohon maaf-

Sumber: Digital Mukmin

bokeh

bokeh ni sebenarnya teknik paling senang nok belajor dalam fotografi. tapi jugok antara yang paling payoh nok kuasai.

teknik2 buat bokeh ngan kit lens (khas untuk beginner - sebab biasanya beginner ada kit lens jer):

1) set kamera pada aperture priority atau manual - bukaan aperture paling luas (kalo kit lens selalunya f/3.5 atau f/4 atau f/5.6)
2) kebanyakan lens prime yang hasilkan bokeh yang comey ialah 50mm, jadi setkan lens anda kepada lebih kurang 50mm atau kalo nok lebih jugok, pakai jer maksimum 55mm..takdop masalah.
3) Fokus subjek sedekat yang buleh (biasanya dalam jarak sekaki @ 12inci)
4) pastikan backgroud jauh dari subjek (katalah dalam 10 kaki lebih) (kalo boleh background ada sedikit elemen cahaya - contohnya cahaya matahari disebalik daun2 pada pokok yang rendang)
5) tekan shutter..(tokkan ni pon nok kena ajor)
6) check kesan bokeh kat skrin.

dok ingak nok kabor; kalo shutter jadi slow sangat (kurang dari 1/30sec), try naikkan lagi iso kepada 400 atau lebih. (ingat rule shutter speed kena lebih kurang sama dengan focal length, baru la gambar kurang shake) - kalu tak kisah shutter slow, pakai jer tripod.

ada bokeh highlight kat background - camne nk bagitau nihh dalam bahasa melayu..senang cerita ada elemen cahaya lah kat background (macam cahaya lilin/mentol dan lain2). kadang2 daun2 yang membalikkan cahaya matahari pom buleh jugak..atau balikkan cahaya dari titisan air. macam2 lagilah





Depth of Field (DOF) tu jarak pada objek yang duduk dalam lingkungan sharp..
bokeh ialah ialah blur pd background yg mencantikkan gambar..

Perbezaan Diantara Amatur, Semi-Pro & Pro

Fasa_fasa ini dicopy dari Encik Pelaris kita aka Otai http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=1652


ADAPUN dikalangan jurufoto atau jurugambar bukan jurukamera, masih lagi keliru tentang pembahagian fasa-fasa jurufoto. Izinkanlah saya menerang sedikit pemahaman berkenaan

" The Life Cycle Of A Photographer "

Ianya terbahagi kepada lima fasa berbeza.


Fasa 1 - The Beginner

Ketaksuban datang ketika melihat gambar kawan-kawan yang terlibat dalam fotografi atau pernah hadir ke pameran fotografi di mana gambar-gambar di situ sangat dikaguminya.

Dia (pendatang baru), mudah dijadikan kawan kerana sikap mesranya. Banyak bertanya jikalau ada sesuatu tidak difahaminya. Dia akan mencari "mentor" untuk dijadikan guru. Apa yang diterangkan oleh mentor, akan cuba difahami dengan sedalam-dalamnya.

Tidak mudah untuk menyalahkan sesiapa walaupun mentor pertama menerangkan teknik yang berbeza dari mentor yang kedua. Dijadikan pengalaman untuk terus mengkaji segala kesilapan sehingga faham sebenar-benar faham apa maksud yang diterangkan.

Ketika ini, fahamlah olehnya, antara mentor tidak punyai idea yang sama. Berlainan fahaman tidak semestinya lari dari objektif fotografi tersebut.

Adapun sikapnya yang baik-hati ini membuatkan jurufoto lain sangat senang hati menjadikan "pendatang baru" ini mudah "maju kehadapan".




Fasa 2 - The Amateur

Selepas dua tahun, dia meninggalkan fasa pendatang baru dan melangkah ke fasa amatur.

Ditinggalkan kesemua kamera automatik, p&s, kompak dll., dan beralih pula ke kamera yang bersisitem slr/dslr. Dia suka mengumpulkan pelbagai lensa dari wide hingga ke tele bersama-sama sebuah flash-gun. Apa peralatan fotografi yang diceritakan baik oleh mentornya, akan cuba dibeli. Malah, terikut-ikut mahu memiliki barang yang sama apa yang dimiliki oleh mentornya.

Ditahap ini, banyak khidmat percumanya. Kalau dicaj hanya mengambil modal sahaja. Sikap ini amat digemari oleh kalangan jurufoto. Masih lagi tanpa segan silu bertanya apa yang tidak faham.

Landskap dan potrait adalah rakaman kegemaran. Banyak menggunakan sentuhan dari mode "program bias". Dalam fasa ini, banyak pelajaran serta pemahaman diperolehi. Sikapnya yang tidak sombong mencetuskan kecerian pada semua serta "mulutnya sentiasa tersenyum"


Fasa 3 - Serious Amateur / Semi-Professional

Sudah diketahui, setelah tujuh tahun berkecimpung dalam dunia fotografi tanpa meninggalkan sentuhan kamera selama bertahun, dia sudah berada ditahap "separuh professional".

Masa ini, banyak peralatan ditingkatkan. Memiliki keluaran terkini, malah sanggup menempah dari luar negara untuk menyaingi rakan-rakan yang masih belum miliki. Masa ini sudah menggunakan kamera Nikon D200 atau Canon 5D. Malah "Professional Gears" seperti Nikon D1, D2H, D2X atau Canon Eos Mark II atau seangkatan mampu dimiliki.

Apabila bertemu tahap yang sealiran (semi-pro), dengan rancaknya berbual-bual, berbincang hal-hal keluaran baru. Waktu ini, fasa ini sudah pandai memilih peralatan "black-finish". Kenapa hitam? Warna hitam menandakan barang-barang professioanal. Mengapa ada tele pro berwarna putih? Sebab belum ada wide angle berwarna putih untuk pro.

Suka menghantar gambar-gambar untuk pertandingan. Banyak dimenangi kerana sudah menguasai kebanyak teknik. Masih tidak sombong, masih senang digauli. Teguran diterima dengan ikhlas dari gurunya. Tidak ada sesuatu perasaan busuk hati kepada sesiapa. Terus berjuang sehingga sampai ke satu tahap yang diidam-idamkan.

Apapun penganalisaiannya, jurufoto yang berada ditahap inilah banyak menolong pengilang mempertingkatkan pengeluaran peralatan fotografi dari satu model ke satu model.

Cuma satu perkara, suka menyembunyikan pengetahuan dan tidak mudah untuk berkongsi. Sebabnya, ingin menyimpan rahsia tersebut untuk pertandingan fotografi seterusnya.


Fasa 4 - Professional / Small Master

Ini adalah tahap ke empat sebelum yang terakhir ke Fasa 5.

Selama lima belas tahun dikira dari tahap amatur. Maka tergolong sudah si dia ketahap Professional. Memiliki pelbagai kemahiran, peralatan yang banyak dan semuanya "berstatus pro".

Kamera semua pro sekurang-kurangnya dua buah. Sudah tidak suka guna barang-barang amatur. Di tahap ini si dia ada sikit "perasaan meninggi diri", tapi hanya segelintir sahaja dan bukan semua.

Selalu dijemput untuk mengadili pelbagai pertandingan fotografi. Di hadapan hakim-hakim lain, dia ada menyuarakan pandangan " Kalaulah saya rakam gambar ini, saya letakkan kucing ini atas sedikit supaya menampakkan gambar itu lebih kuat ceritanya ". Maknanya di sini, banyak gambar yang di rakam oleh orang lain tidak tepat dan betul. Itulah segelintir sikap golongan Professional.

Gemar menyimpan keluaran terhad sesebuah kamera sprt " 50 Years Annivesary" atau apa-apa "limited-edition".

Sesorang itu digelar professional sepenuhnya apabila menggunakan barang-barang sendiri dan bukan barang pejabat atau kompeni. Sebagai contoh, orang surat-khabar menggunakan EOS Mark II semasa bertugas, masa itu masih digelar professional tapi bila selesai bertugas tiada lagi profesional bagi dirinya walaupun sudah 20 tahun dalam bidang fotogfari. Maknanya, orang itu perlu memiliki barang sendiri dan bukan peralatan orang lain atau dipinjam.

Seperti dilihat kini, ada orang mempunyai pengalaman hanya 10 tahun, tapi mengelarkan diri sudah professional dan sudahpun buat khursus untuk mengajar orang. Maknanya golongan ini masih lagi Semi-Pro mengajar amatur. Adakah semasa mengajar amatur itu, dalam ramai-ramai terselit seorang Professional? Ia, ini pernah terjadi.

Peralatan fotografi dari Medium/Large Format, dark-room/light-room, lighting dan pelbagai pernah dilalui cuma dia hanya gusar dan amat takut pada seseorang yang masih lagi berada ditangga teratas. Dia akan tunduk malu apabila bertemu orang itu.


Fasa 5 - Real Master / Top Professional

Masa berlalu, sudah sepuluh tahun berada di takuk Semi-Professional/Small Master. Maka akan melangkah si dia ke satu tahap paling tinggi dalam dunia fotografi. Ini terjadi seandainya si dia boleh bertahan, mengekalkan sikap keterbukaan, bersemangat menolong antara satu sama lain, merendah diri termasuk mesra kawan.

Dia akan dapat memasuki tahap paling akhir dalam kitaran fotogfari ini iaitu "Real Master / Top Professional". Perkataan "Real" berasal dari Sepanyol bermaksud "Raja".

Dia berfikiran luas dalam segala bentuk. Apabila dia melihat sesuatu yang tidak difahami, dia akan cuba melihat lagi dari sudut yang berlainan untuk menilai sesuatu itu dan tidak mudah terburu-buru untuk membuat sebarang komen atau teguran.

Dia juga berkongsi sesuatu rahsia yang tidak pernah diketahui sebelum ini kepada muridnya untuk membantu memperkembangkan pemahaman.
Dia sudah tidak lagi bergantung terus kepada peralatan yang berat (Pro Gears)

"Semua kamera boleh merakam gambar yang menarik" mesej ditujukan kepada muridnya.

"Sebagai jurufoto, awak seharusnya mengawal kamera dan jangan sekali-kali biarkan kamera kawal awak!"

"Jangan salahkan cahaya, cuaca atau manusia apabila awak tidak boleh merakam gambar dengan sempurna, awaklah yang bertanggung-jawab penuh di atas kerja-kerja awak"

"Piala, sijil dan pengikhtirafan yang awak dapat itu adalah hasil dari apa yang awak rakam semalam. Jadi, untuk merealisainya, awak perlu subjektif dan untuk menilainya, awak perlu objektif".

Kata-kata perangsang di atas antara yang biasa didengar adalah sentuhan ikhlas dari Real Master/Top Professional kepada muridnya.

Apapun, yang amat dikesali, di negara kita tidak puyai ramai yang betul-betul berstatus Real Master/Top Professional. Mereka yang membuat bising di gelangang fotografi itu ada dari golongan Small Master/ Professional , berlawanan dengan sikap Real Master/Top Professional, kerja lebih, cakap kurang.

Jadi, dimanakah tahap saya? Secara terus terang, dari hati ke hati, saya tidak mengharapkan sebarang jawapan dari soalan yang ditanya kerana soalan di atas tidak adil. Betul tak saya? Adakah saya melanggar peraturan atau berkhayal sejauh-jauhnya ataupun juga saya terlalu diplomatik?