sekadar paparan hobi saya

untuk paparan lebih jelas, sila klik pada gambar.

Saturday, August 14, 2010

RAW & JPEG

soalan:
ASSALAMMUALAIKUM,
kepada semua warga DM.
ada sedikit kemuskilan disini.
mane satu ambe patot shoot?
in JPEG file ato pn RAW.
yang peliknya, ambe shoot RAW tak bape sharp bila bukak dalam potosop.
tp yg JPEG clear habis.

muskil la.
ape pandangan anda2 semua and dlm mane yg anda prefer shoot?
RAW atau JPEG. maaf la. ambe masih baru dalam dunia foto ni.

Jawapan:

1.guna RAW pastu convert dlm nikon capture.. baru edit lam potosop
2.pakai RAW lbh baik..
kalu tersalah w/balance buleh ejas agi.
kalu pakai JPEG dakleh ejas dah

Apakah RAW??? RAW itu mentah
jadi, anda capture benda yang mentah, asli, bila mentah, anda memerlukan processing utk menjadikan ia sesuatu bahan yg kompleks, begitulah konsep RAW.

RAW ini sebenarnya satu format di mana ianya berfungsi utk merekod imej dalam bentuk asli (unedited, unadulterated & uncompressed image) dimana semasa shutter di klik ianya direkod terus oleh sensor kamera.

Semasa ianya direkod oleh sensor kamera, fungsi white balance, tone colour dan pelbagai
parameter disimpan sebelum ianya diterjemahkan oleh software yg membenarkan imej
diedit selepas ianya di upload ke komputer.. Paramater² yg disimpan ini membuatkan
fail sesebuah imej itu berkali2 ganda besarnya daripada imej berformat JPEG

Imej RAW membenarkan anda utk memproses semula data seperti white balance, exposure,
tone dan sebagainya menjadikan ia sebagai penyelamat kepada imej selepas shutter di klik
berbanding menggunakan JPEG dimana data2 imej limit semasa shutter di klik.

Apa yang menarik menggunakan RAW ialah imej kita bulih diblow sehingga 25.1 MP (6144 x 4085 pixel)*
contohnya, berdasarkan Kamera Nikon D70s dengan kadar kehilangan kualiti yg minimal berbanding kaedah interpolasi (interpolation) menggunakan software Photoshop dan third party software yang lain.

Berikut adalah workflow dimana imej RAW berfungsi berbanding JPEG

PERBANDINGAN KEBAIKAN DAN KELEMAHAN ANTARA RAW DAN JPEG

Kelebihan RAW
- Kualiti Imej sebaik yang mungkin
- Membenarkan kita mengawal imej tanpa menggunakan fungsi di kamera
- Exposure yg fleksibel selepas shoot
- White Balance yg fleksibel

Kelemahan RAW
- Fail yang besar
- Penggunaan software tertentu
- Masa utk memproses

Kebaikan JPEG
- Saiz fail yang kecil
- Penggunaan Software yg pelbagai
- Setup di Kamera tanpa perlu post-processing
- Cepat utk diedit

Kelemahan JPEG
- Artifak seperti jagged edges, contrast edges bila dicompress dan interpolated
- Hilang kawalan utk mengawal imej utk poss-proccessing
- Tidak bulih recover data imej kembali

Software untuk proses imej RAW
- Adobe Photoshop (adobe camera RAW)
- Nikon Capture
- Aperture for Macintosh
- Adobe Lightroom
- Raw Shooter Professional
- Capture One Pro

Info tambahan, ambar yang diambil menggunakan format RAW hanya mempunyai dua colour sahaja iaitu hitam dan putih, pecahan warna RGB, sRGB atau RAW, dipecahkan kepada TIGA BLOCK WARNA, ini bermakna sensor anda tidak menyimpan warna, tapi menyimpan bit bit tiga block colour...

sebagai contoh:

disini saya ambil RGB sebagai sample BLOCK ...

Red = 1 block hitam dan putih
Green = 1 block hitam dan putih
Blue = 1 block hitam putih

Ini bermakna, STACK ( lapisan) simpanan data dalam kepingan block warna akan menjadikan sekeping gambar yang berwarna, TAPI PERLU DIINGAT, warna yang anda lihat pada screen komputer adalah warna yang di hasilkan oleh PIXEL screen, bukan gambar.

penerapan ini boleh di gunakan didalam CMYK

tapi pernahkah anda terfikir, kenapa camera tidak menggunakan CMYK, sebagai binaan sensor?
kenapa gunakan RGB atau sRGB sebagai asas binaan sensor?
sedangkan CMYK mempunyai struktur pecahan warna yang lebih tepat, smart...dan seumpamanya....ish...lari topik dah..ni dah masuk bab color separation...

tulisan asal oleh saudara buntalshoot & zul78 FMDC

Disalin dari laman Digital Mukmin

No comments:

Post a Comment